HTB 34 (1/2)
3 Bulan Kemudian...Diari MinJooDear Diary,
pejam celik,pejam celik..nampaknya dah tiga bulan.Cepatnya masa berlalu(-.-) dan cepat jugak hati aku ni berubah.
Tiga bulan aku habiskan masa aku dengan menjadi housemate kepada orang yang paling aku benci.
Mulanya,aku rasa aku akan jadi gila tapi rupanya...taklah seteruk yang disangka.
Orang cakap,jangan terlampau bencikan seseorang tu sebab nanti,rasa benci tu akan bertukar menjadi sayang.
Betul ke?Hmmm...rasanya betullah tu.Choi Junhong,
Rasa benci aku kepada dia yang dah lama aku pendam sejak belasan tahun lagi mula berubah menjadi..sayang hanya dalam masa tiga bulan.Entahlah..magic apa yang dia pakai tapi,bila bersama dengan dia..aku gembira.
Walaupun mulut dia macam laser sikit,walaupun dia suka buat drama swasta tak laku dan walaupun dia tu kadang-kadang annoying...
tapi dia..dia dah macam tabur gula dalam hati aku untuk membuatkan aku rasa segala perlakuan dia manis dan sweet je kat depan mata aku.*err..bukan manis=sweet ke?*
MinJoo berhenti menulis .Dia menongkat dagu di meja tulisnya sambil memandang muka surat diari.Tiba-tiba,dia teringatkan sesuatu...FLASHBACK~~Satu malam yang sunyi sepi.
MinJoo bersendirian di rumah.
Zelo bermalam di rumah Himchan bersama geng-gengnya yang lain.Kononnya nak buat kerja sekolah sekali.Ada discussion la..apa la..Heh..Ye la tu.
Telefon MinJoo berdering."Yah!!Kau nak apa?"MinJoo menjawab panggilan itu.
"Aikk..nak call pon salah ke?Sombong betul."suara Zelo kedengaran di hujung talian.
"Untuk apa kau call?kalau setakat nak takut-takutkan aku yang tinggal sorang-sorang kat rumah ni,baik kau lupakan saja niat murni kau tu."balas MinJoo sarkastik.
"Heh...macammana kau boleh tau niat aku ni?Tapi sebelum tu...Kau OK?Ada apa-apa masalah ke kat rumah?Betul ke kau tak takut kalau tinggal sorang-sorang?Kau nak aku balik temankan kau ke?Kalau nak,bagitau je la..."MinJoo terdiam.Ayat Zelo memang membuat hati dia cair.Memang..Zelo tak pun cakap madah madah berhelah ke apa ke..tapi..suara dia,nada dia dan ayat dia kedengaran ikhlas dan prihatin pada MinJoo.
MinJoo tersentak seketika."Yah!!Han MinJoo!!Kau dah kenapa??"soal Zelo setelah hampir puluhan saat MinJoo tak memberi respons."Huh???"
"Lahh...kau mengelamun ke apa?Kau ada masalah ke?Betul ke kau OK tinggal sorang-sorang tu?"soal Zelo lagi.
"A..Aku Ok lah!!Kau janganla risaukan aku!!Aku Ok..A..."tiba-tiba ayat MinJoo tergantung.Keadaan sunyi sepi seketika."Oiii!!Kau apasal?"
"Huh..Takk..Takde apa-apa...cuma...."
MinJoo memandang sekeliling.Hampeh..tiba-tiba je blackout pulak rumah ni.Dah la tinggal sorang-sorang.Bolehkah dia bertahan dengan rasa ketakutannya.Aisehhh..penakut jugak MinJoo ni.
"Cuma apa!!!!!"kuat Zelo bersuara.
"Hishhh..aku tak pekak lagi la..kau ni kan??"
"Aku risau ni..cuma apa?"
"Kau risau?Kau risaukan apa?"
"Hishhh..janganlah banyak tanya.Kau OK tak ni?Apa yang dah jadi..apasal tiba-tiba macam sunyi je kat rumah tu."
"Hmmm...sebenarnya rumah tiba-tiba blackout..."jawab MinJoo.
"Hah?Blackout???"
Toooottttttt...tiba-tiba talian telefon terputus."Zelo!!!Zelo!!!"MinJoo memandang skrin telefon.
"Lah..apasal dia tutup telefon tiba-tiba?"rungutnya.
MinJoo pandang sekeliling.Gelap gelita.Nampaknya...satu taman perumahannya blackout.MinJoo membatu di sofa.Tak mampu melakukan apa-apa.Dia agak ketakutan..tambahan pula dia bersendirian.
MinJoo hanya mampu duduk diam di sofa dan memejamkan matanya.Berharap yang blackout ni akan pulih.
Nampak tak ke'penakut'an si MinJoo ni??Hhahah..
Beberapa Minit kemudian...
"MinJoo!!!""Arghhhhhh!!!!!!!!!"
MinJoo menjerit tatkala ada orang yang menyergahnya.Sumpah!!Terkejut tahap gorila bila tiba-tiba,dalam keadaan rumah yang sunyi sepi,tak ada orang kecuali dia..dan ditambah pula dengan gelap gelita dan hanya bertemankan cahaya dari phonenya..ada orang memanggil namanya.Zelo segera menerpa ke arah MinJoo dan memeluk gadis yang sedang menjerit itu."Shhhh..aku la ni!!Rileks boleh tak?"MinJoo terdiam.Jantungnya berdegup kencang."Kau,takut ek??"Zelo tersenyum sinis memandang MinJoo.MinJoo segera meloloskan dirinya dari pelukan Zelo."Mana ada!!""Habis kenapa kau menjerit?""Aku terkejut la!!"Zelo tersengih dengan riak muka yang mengejak.MinJoo masih lagi dalam mood terkejut."Kenapa kau balik?""Sebab kau la.."jawab Zelo sambil tersenyum.Satu jawapan yang membuatkan hati MinJoo cair umpama coklat yang dijemur di bawah matahari.
Zelo...Dia sanggup balik ke rumah demi menemani MinJoo yang bersendirian di rumah yang blackout.Haishhh..hati perempuan mana yang tak tersentuh dengan perlakuan yang sebegitu?
Flashback End~~MinJoo tersenyum sendirian sambil mengenang peristiwa tu.Dia ingat lagi..sepanjang malam yang blackout tu..Zelo dan dia duduk bersila di lantai ruang tamu dan hanya ditemani dengan sebatang lilin yang Zelo ambik dari rumah Himchan.Lol..
Mereka menghabiskan sepanjang malam mereka berdua sambil bersembang dan bergurau senda.