My Days With A Kidnapper
BERITA TERKINIAnak tunggal kepada seorang hartawan terkenal Korea,Tuan Jung JongKook telah dilaporkan hilang sejak beberapa hari yang lalu.Jung Daehyun,21 tahun,kali terakhir dilihat pada 24 April 20**.Bapa Daehyun,Tuan Jung JongKook,seorang usahawan syarikat perhotelan terkenal di Korea telah melaporkan bahawa anak tunggalnya initidak pulang ke rumah sehingga ke hari ini selepas dikatakan pergi ke rumah salah seorang kawannya.Orang ramai yang mempunyai maklumat tentang Jung Daehyun boleh menghubungi Tuan Jung Jongkook di talian 05-XXXXXXX atau melaporkan maklumat segera ke balai polis terdekat. *********************************** "Tolong!Tolong aku.Lepaskan aku.Jangan bunuh aku.Aku tak puas lagi hidup.Masih banyak lagi makanan dalam dunia ni yang aku belum rasa,kau tau tak?Baik kau lepaskan aku.Aku tak nak mati kena bunuh.Mengerikan!""Kau boleh diam tak?Sakit telinga aku dengar kau membebel dari tadi tau.Bosan!Bosan!""Kalau bosan,baik kau lepaskan aku.Apasal kau culik aku?Kau nak bunuh aku ke?Janganlah bunuh aku.Kalau kau bunuh aku...aku akan hantui kau macam dalam citer-citer hantu tu.Ini amaran!Amaran untuk kau!""Lantak kat kau lah.Sakit hati aku layan kau ni." Pertemuan antara Jung Daehyun,si mangsa culik dengan Bang JungAh,si penculik merupakan satu pertemuan yang aneh. Bagi Daehyun,JungAh tak sesuai jadi penculik.Yelah,Daehyun selalu nampak JungAh menangis sorang-sorang.Ada ke penculik yang cengeng?Kuat nangis?Lagipun..muka JungAh nampak macam budak baik dan JungAh jugak kadang-kadang ambil berat tentang dia.Tambahan pulak..si JungAh ni PEREMPUAN!Tapi,kenapa JungAh culik dia?Kenapa JungAh buat macam ni? Bagi JungAh,Daehyun la mangsa penculikan yang tak macam mangsa.Daehyun suka melawan,membebel,menjerit dan kesimpulannya,menyakitkan jiwa dan raga.Tapi JungAh akui,Daehyun kadang-kadang buat dia lupa yang dia adalah penculik yang menculik lelaki itu.Daehyun banyak mulut dan banyak tanya.Hey,adakah dia lupa yang dia adalah mangsa culik sekarang ni?JungAh keliru dengan Daehyun.Sumpah!Daehyun ni pelik. "Wey,kenapa kau jadi penculik?Tak ada kerja lain ke?Tukang cuci pinggan ke?Tukang cuci lantai ke?Tak pun jadi maid kat rumah aku?Pun boleh""Kau takkan faham kenapa aku pilih jalan ni.Kadang-kadang,dalam hidup ni,kita tak diberi pilihan." Persoalannya di sini,apa nasib Jung Daehyun nanti?Selamatkah dia?Kenapa dia diculik?Turut menjadi persoalan..Kenapa JungAh jadi penculik?Sapa JungAh?Kenapa dia menculik?Terlalu banyak persoalan yang perlu dirungkai dalam satu kisah ini.Kisah antara si penculik dan si mangsa culik.Kisah sebuah kes penculikan yang agak PELIK??Ya..PELIK. TRAILER ForewordHai Semua..Ini Cerita Terbaru Saya. Ya..Saya tahu.Cerita-cerita saya yang lain masih berlonggok tak dihabiskan dan bergantung tak berupdate.Ahhh..Saya pun tak tahu apa yang dah jadi dekat diri saya ni.*tampardirisendiri*Ok..Saya Harap Anda Semua Berminat Untuk Membaca.Terima Kasih(^.^) KREDIT:FF ini telah direview oleh ❅ Diamond Crystal Malay Review Shop ❅.Terima Kasih diucapkan atas kesudian mereview cerita ni.:))