Nafas Rindu

Angst 10K Active
Author: RyViolet
Latest: Last
Time: 2023-12-09
Summary:

Nafas Rindu; Selama nafasnya berhembus, selama itu juga dia akan hidup dalam kerinduan yang perlahan-lahan membunuh jiwa, menyeksa mental dan fizikalnya. Kerinduan yang benar-benar membuat dirinya menjadi sukar untuk bebas dari sangkar yang dia sendiri cipta. Kerinduan yang membuat dirinya buta dalam menilai perasaan orang-orang sekelilingnya."Jadi bagi awak, saya bukan sesiapa lagi?" Di setiap nadi yang berdenyut itu pula adalah saksi ketika hatinya ranap, hancur berkepingan setiap kali harus kehilangan orang-orang terpenting dalam hidupnya."— dia mahu akhiri penantiannya dengan melepaskan gadis itu pergi. Mungkin.. mungkin dia bukan yang terbaik untuk gadis itu."Dia sudah terlalu rapuh untuk segala benda yang berkaitan dengan hati dan perasaan. Kalau saja hati manusia sejenis kebal, di mana, dia boleh menepis rasa sakit itu sesuka yang dia mahu, bukankah bagus?  “Ada benda sukar untuk kita genggam dan salah satunya adalah cinta. Terkadang, sebesar mana kau mencintai seseorang, kalau takdir tak mengizinkan kau bersama dia, kau cubalah baiki sesuatu hubungan itu macam mana pun, pengakhiran cerita, kau dan dia tetap tak akan bersama.” — r.v    ForewordNota Penulis; Sebenarnya kan dalam merapu kita punya cerita pun kekadang ada juga nilai-nilai yang orang boleh ambil kalau dia betul-betul faham dan mendalami sesuatu cerita tu. Cerita ni ft Baekhyun & Wonwoo. Siapa tak kenal Wonwoo? Pergi bukak google sana hehehe. Taktahu lah cerita ni boleh memberi kesan dekat pembaca ke tidok. Penulis karang ikut sedap rasa dia je ni kekekeke. Ayat pun tidak sepuitis dan segramatis mana. P/s; cerita ni dah lama siap cuma tak ada keyakinan nak post dekat sini. Tapi.. apa salahnya mencuba, kan kan kan?

Top